KUALA LUMPUR – Pelakon, Amyza Adnan menyifatkan jutawan
kosmetik, Datuk Aliff Syukri tidak layak bergelar pelakon atau penyanyi
kerana tidak memiliki bakat seni.
Pada masa sama, Amyza turut mengingatkan Aliff agar tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaannya.
“Kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon dan menyanyi. Masalahnya bagus ke?
“Aku benci orang berduit kaya raya ni menggunakan platform seni untuk empayar bisnes dia orang. Ini tempat kami cari makan. Bisnes kami, dia tidak layak sebab tiada bakat langsung,” luahnya.
Amyza menulis komen berkenaan pada status pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin bagi mengulas tentang tindakan Aliff Syukri yang melenting apabila lakonannya dalam filem Badang dikritik penonton.
Menurut Shahrulezad, Aliff seharusnya menerima komen negatif daripada penonton yang sememangnya menjadi lumrah industri seni.
Katanya, dia yang sudah melibatkan diri dalam industri sejak 20 tahun lalu masih menerima pelbagai kritikan.
“Abang yang 20 tahun orang kutuk drama pun telan sahaja dengan kritikan itu sebab tahu dengan kritikan itulah kita akan belajar dan perbaiki,” ujarnya.
Tambahnya, kekayaan yang dimiliki oleh usahawan itu tidak semestinya mampu membeli kata-kata pujian dan sanjungan semua pihak.
Sebelum ini, Aliff kecewa dan terguris kerana lakonannya yang membawakan watak sebagai Badang dikritik penonton dan netizen.
Pengasas D’herbs itu menerusi Instgram miliknya meminta netizen tidak mengecam lakonannya secara melampau dan menghargai bakat serta penat lelahnya berlakon.
Mula ditayangkan sejak 15 Februari lalu, filem arahan Profe. Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor dan Fareez Fauzi.
Selain membintangi filem Badang, Aliff juga pernah melancarkan lagu berjudul Abang Nak Tegur, duet bersama usahawan kosmetik, Nur Sajat. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan