ROSLAN SMS
SEORANG pengarang kanan
dalam akhbar harian The Star baru-baru ini telah memberikan analisis
beliau berkenaan keadaan politik di negeri Kelantan dan bacaan beliau
terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Beliau berpandangan PRU 14 nanti di
negeri berkenaan hanya akan tertumpu pada pertembungan antara dua kuasa
politik tradisi iaitu Umno dan PAS. Bagi beliau parti-parti lain
termasuklah PBBM dan Pan akan menghadapi laluan sukar.
Menurutnya lagi PBBM yang dikepalai Tun
Dr Mahahtir Mohamad akan menempuh jalan sukar kerana Tun tidak mempunyai
rekod yang baik dikalangan rakyat Kelantan. Sebahagian besar
permasalahan yang melanda negeri berkenaan disumbang oleh Mahathir
terutama sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM dahulu yang banyak menekan
negeri dan rakyat berkenaan.
Pan juga dijangka memiliki nasib yang
sama lantaran permasalahan pimpinan mereka dengan istana Kelantan. Pan
selaku parti serpihan PAS hanya dijangka mengikis di sini sana pengaruh
PAS tetapi tidak mampu merampas kuasa di Kelantan sebagaimana
digembar-gemburkan.
Atas itu pengarang berkenaan membuat
kesimpulan besar kemungkinan Kelantan akan bertukar kuasa dengan rakyat
negerinya memberikan kembali kuasa kepada Umno dan BN setelah hilang
genggaman kuasa lebih 28 tahun lalu.
Tiada alasan dan hujah kukuh
dikemukakan. Beliau sekadar memetik isu pembangunan yang kononnya
ketandusan di Kelantan selain ketiadaan al-Marhum Tok Guru Dato' Nik
Abdul Aziz Nik Mat sebagai satu faktor penyumbang kepada kejatuhan PAS,
seolah tanpa Tok Guru PAS tidak mampu mengekalkan kuasanya.
Itu hujah dan pandangan beliau. Mungkin
atas arahan atau sebab tertentu beliau sengaja menyepi dan
menyembunyikan beberapa pencapaian besar kerajaan negeri PAS yang tidak
mampu diperolehi Umno BN sebelum ini.
Beliau gagal mengenengahkan bahawa
kerajaan negeri Kelantan diiktiraf sebagai salah sebuah negeri di
Malaysia yang mempunyai rekod aspek pengurusan yang terbaik. Pada tahun
2017 kerajaan negeri yang diketuai PAS memperolehi pencapaian kewangan
terbaik dalam tempoh 26 tahun pemerintahannya.
Kerajaan negeri telah berjaya
menjimatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM2.9 juta pada tahun 2017
berbanding 2016 dan berjaya mencatatkan lebihan atau “surplus” sebanyak
RM38.76 juta pada tahun 2017 berbanding defisit RM33.47 juta pada tahun
2016.
Malah hasil kerajaan negeri sesungguhnya
meningkat dari RM497.20 juta pada tahun 2016 ke RM566.52juta iaitu
peningkatan sebanyak RM69.32 juta.
Bagi pengarang berkenaan mungkin apa
yang dinyatakan ini tidak penting, tetapi buat rakyat Kelantan dan para
pemerhati politik serta rakyat Malaysia umumnya inilah bukti kekuatan
parti memerintah dalam menguruskan sebuah negeri tambahan berjhadapan
dengan pelbagai tekanan dan kekangan dari pihak persekutuan terutama
sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahahthir dulu.
Kemampuan ini menunjukkan PAS berjaya
melahirkan saf kepimpinan negeri yang dinamik, berintegriti dan paling
penting bertaqwa sehingga sanggup dan mampu meletakkan kepentingan
rakyat mengatasi kepentingan mana-mana pihak, kroni atau individu kerana
mentaati titah perintah Allah SWT.
Inilah kekuatan unik yang melonjakkan
PAS sebagai satu-satu parti politik yang menjadi tumpuan dan perhatian
ramai, terutama saat dan ketika rakyat dan negara menghadapi pelbagai
ujian dan tekanan hasil dari keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.
Kelantan melalui kepimpinan ulamak yang
diwarisi dari zaman Almarhum Tok Guru sehinggalah kini ke era Ustaz
Dato' Ahmad Yakob, pewaris yang ditunjuk sendiri oleh al-Marhum Tok
Guru, ternyata berjaya menzahirkan kepimpinan Islam yang menjadi
kebangaan semua umat Islam bukan hanya di Kelantan malah seluruh negara.
Di Kelantan tiada kebimbangan tentang
ketirisan, salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan kerana bumi
Serambi Mekah ini melalui PAS telah melahirkan modal insan khususnya di
saf kepimpinan negeri yang berkualiti dan mampu memacu Kelantan menjadi
sebuah negeri yang bersih dan bebas rasuah.
Kerajaan negeri yang berintegriti
seumpama ini telah menarik minat para pelabur dan pemaju, kerana tiada
lagi sogokan bawah meja atau komisyen gelap yang perlu dibelanjakan
untuk masuk ke negeri ini.
Pembangunan hartanah dan gedung-gedung serta kompleks membeli-belah dan pasaraya banyak menukar landskap negeri Kelantan berbanding semasa ia pada zaman BN dahulu, itu pun kerana kerajaan persekutuan dipegang BN.
Apa pun kesimpulannya akhbar berkenaan berhak membuat apa sahaja bacaan dan tilikan politik sesuka mereka, hakikatnya rakyat Kelantan sendiri tahu kemana arah tuju dan haluan mereka. Di negeri-negeri lain pimpinan negeri berhadapan dengan pelbagai pertuduhan dan kes rasuah dan penyelewengan tetapi di Kelantan segalanya lancar dan bermoral.
Masakan rakyat Kelantan mahu kembali ke pangkuan Umno yang telah mereka kenal berdekad sebelum ini apatah lagi Pakatan Harapan yang kini dinaungi Mahathir yang punya rekod tempang dan pincang yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja oleh rakyat Kelantan malah rakyat seluruh negara.
Kekallah PAS untuk terus memerintah Kelantan, biar kekal sejahtera ia berpayungkan Islam sebagai model buat rakyat dan negeri lain malah negara kita Malaysia. Rakyat Kelantan tidak akan tertipu dan semoga begitulah rakyat Malaysia keseluruhannya dengan izin Allah SWT. -HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan