KEMAMAN: Markas Induk
Pemuda PAS Dun Chukai telah dirasmikan pelancarannya oleh Ketua
Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor
Hamzah dalam majlis di perkarangan kediaman Adun Chukai, Hanafiah Mat,
di sini kelmarin.
Pelancaran markas sebagai pusat
pengumpulan tenaga kerja Pemuda PAS itu adalah dalam usaha mengorak
langkah mendepani PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz
Alias Hamid menyatakan, sokongan kepada PAS kini kian meningkat dan ini
adalah kerana PAS konsisten dengan dasar dan matlamat perjuangannya.
Ustaz Mohd Nor Hamzah pula dalam
ucapannya menyenaraikan projek-projek pembaziran Kerajaan Umno-BN yang
tidak menguntungkan rakyat.
"Jika duit ini digunakan untuk membantu
rakyat, betapa banyak manfaat yang rakyat akan dapat. Tidak ada kerajaan
yang lebih baik melainkan PAS yang cakna dan bersungguh-sungguh untuk
menyelesaikan masalah rakyat," ujarnya.
Manakala Hanafiah Mat dalam ucapannya
menyeru seluruh penduduk Kemaman hingga ke Besut untuk memberi undi
kepada PAS bagi memberi laluan kepada PAS memerintah Terengganu Darul
Iman.
Dalam majlis yang sama juga, diadakan Majlis Jamuan Rakyat, cabutan bertuah dan edaran risalah manifesto.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PAS
Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malik; Bendahari PAS Kemaman,
Johan Ismail dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood. -HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan