Ahad, 25 Februari 2018

Azmin Balas Dendam, Dana PAS Diagih Kepada Pakatan Harapan ?



Malayan News – Adakah Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Azmin Ali menyimpan dendam terhadap parti PAS kerana tindakan PAS memutuskan hubungannya dengan PKR? Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor telah menjadi mangsa politik Pakatan Harapan apabila peruntukan tahunan mereka tidak disalurkan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Semua 13 ADUN PAS Selangor mendakwa masih belum menerima peruntukan tahunan berjumlah RM800,000 walaupun tahun 2018 sudah masuk tiga bulan. PAS Selangor sangat kecewa dengan perkara itu serta mendakwa kemungkinan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, sengaja melakukannya bagi mengganggu gerak kerja ADUN PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam hal ini, ADUN PAS berhak menerima peruntukan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan yang sudah lama diaturkan. Peruntukan ini perlu diberikan untuk manfaat rakyat. Apabila perkara ini berlaku, sudah tentu program yang sudah diaturkan ini sedikit terbantut.

Isu mengenai peruntukan itu timbul bulan lalu apabila, Kerajaan Selangor pimpinan PKR membekukan peruntukan untuk ADUN PAS. Berikutan itu, PAS Selangor mungkin memohon perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan perkara itu. Bagaimanapun, seperti kebiasaannya Azmin Ali cuba menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu dan mengalihkan isu ini dengan memberi banyak alasan.

Tiada ulasan: