Pengguna dinasihat berhati-hati melalui jalan itu atau menggunakan laluan alternatif, menurut LLM.
Kren
rangkak mengangkat cerucuk selongsong di kawasan tinggi bersebelahan
MRR2 (arah Ampang) hilang imbangan dan jatuh merentangi laluan utama
MRR2. (Tangkap layar Facebook)
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya, setakat 11.00 pagi ini hanya lorong paling kanan boleh dilalui.
Pengguna dinasihatkan berhati-hati melalui jalan itu atau menggunakan laluan alternatif, menurut LLM.
Setakat ini Bernama difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Kejadian kira-kira 9.00 pagi tadi menyebabkan kesesakan teruk dengan kenderaan mula perlahan dari Setiawangsa di Ulu Kelang.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 10.12 pagi dan 7 anggota digegaskan ke lokasi untuk operasi menyelamat.
Menurutnya, sebuah kren rangkak sedang mengangkat cerucuk selongsong bagi kerja pembinaan di kawasan tinggi bersebelahan MRR2 (arah Ampang) hilang imbangan dan jatuh merentangi laluan utama MRR2.
“Ini menyebabkan ‘crane boom’ merentangi laluan utama MRR2 (arah Ampang) dan menutup 2 daripada 3 lorong (lorong perlahan & tengah). Keadaan ini menyebabkan gangguan trafik,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan