MALAYSIA menghadapi satu lagi konflik bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Kali ini melibatkan kes rayuan Mahkamah Persekutuan berkenaan tuntutan murtad empat orang Muslim dari Sarawak.
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan
satu isu undang-undang iaitu : Sama ada Mahkamah Syariah ada bidang
kuasa mendengar kes murtad, ataupun itu adalah bidang kuasa Mahkamah
Sivil.
Kes ini bakal menjadi titik penentuan
kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak berkenaan memutuskan kes
murtad : adakah masih punya bidang kuasa atau tidak.
Muslimat PAS menyeru umat Islam
mendoakan agar kemenangan berpihak kepada institusi-institusi agama
Islam Sarawak yang dinamakan sebagai responden-responden dalam kes ini
agar bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sedia terhad terus terpelihara.
Kita tidak mahu pemelukan agama Islam
dianggap perkara main-main yang dilakukan tanpa sikap tanggungjawab dan
hormat kepada agama yang merupakan agama rasmi negara seperti tercatat
dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan dalam beberapa kes
telah pun memutuskan bahawa murtad adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah
seperti kes-kes berikut :
(i) Soon Singh a/l Bikar Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor [1999] 1 MLJ 489;
(ii) Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai v Shaik Zolkaffily bin Shaik Natar & Ors [2003] 3 MLJ 705;
(iii) Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain [2007] 4 MLJ 585; and
(iv) Hj Raimi bin Abdullah v Siti Hasnah Vangarama bt Abdullah and another appeal [2014] 3 MLJ 757.
Kita mengharapkan permohonan semakan
kehakiman oleh pihak perayu tidak dibenarkan, seterusnya bidang kuasa
Mahkamah Syariah berkenaan isu murtad tidak lagi dipertikaikan.
Akhirnya, Muslimat PAS berpandangan
bahawa masa hadapan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah masa hadapan
generasi Muslim seluruhnya.
*USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan