PULAU PINANG: MCA akan meletakkan muka baru bagi bertanding di empat
kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau
Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya telah
menyerahkan senarai calon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dan kini hanya menunggu pengumuman yang akan dibuat.
“Kita telah serahkan senarai calon kepada Perdana Menteri yang akan
buat keputusan untuk bertanding di empat kerusi Parlimen dan 10 kerusi
DUN.
“Apa yang pasti kita akan letakkan calon muka baharu serta orang muda
untuk mewakili MCA,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah
Terbuka Tahun Baru Cina MCA Pulau Pinang di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan