TOKYO: Sebuah pesawat AirAsia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan
pada Isnin di Lapangan Terbang Naha, Okinawa berikutan masalah enjin,
lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian
Pengangkutan Jepun.
Bagaimanapun, tidak seorang pun daripada sejumlah 379 penumpang dan
anak kapal yang menaiki penerbangan AirAsia X itu cedera dalam
pendaratan kecemasan oleh pesawat milik syarikat tambang murah Malaysia.
Kementerian itu berkata enjin kanan pesawat tersebut dikesan mengalami
masalah pada pukul 2.15 pagi waktu tempatan, yang memaksa kapten pesawat
itu mematikannya dan membuat keputusan untuk melakukan pendaratan
kecemasan.
Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Naha pada pukul 3 pagi waktu tempatan.
Sebelum itu, ia berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan