HUTAN MELINTANG – MIC perlu bekerja keras bagi memastikan
Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Hutan Melintang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kemenangan BN di DUN Hutan Melintang dan DUN Rungkup amat penting bagi memastikan Parlimen Bagan Datuk menang dengan lebih majoriti pada PRU14.
Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata pada PRU13 Datuk Shahrul Zaman Yahya memenangi DUN Rungkup dengan majoriti 613 undi manakala dirinya menang dengan majoriti 2,108 undi.
“Kalau dulu (PRU13) di Hutan Melintang kita (BN) kalah, kalau dulu di Parlimen Bagan Datuk saya menang tapi cuma majoriti 2,108 undi sahaja, tak mengapa itu cerita lama.”
“Kali ini kita rampas semula Hutan Melintang dan DUN Rungkup, kita kena tingkatkan majoriti kepada 6,000 undi supaya BN menang dan dapat perkuatkan (pentadbiran BN di) negeri Perak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Ponggal 2018 di Dewan Sanmarka di sini, hari ini.
Pada PRU13, calon BN di DUN Hutan Melintang diwakili R. Subramaniam daripada MIC.- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan