Oleh Ainor Rahim
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) sehingga kini masih lagi gagal
memuktamadkan agihan kerusi DUN dibeberapa buah negeri walaupun sudah
melepasi tiga kali tarikh akhir yang ditetapkan Majlis Presiden.
Seperti yang dimaklumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, rundingan berkenaan masih berjalan.
"Agihan kerusi kita (PH) hampir selesai. Kita akan umumkan sebaik
sahaja sedia untuk diumumkan," katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Ditanya sama ada kerusi Parlimen Ayer Hitam, Johor sudah diputuskan
sama ada milik DAP beliau juga berkata ianya belum diputuskan lagi.
"Belum putuskan lagi," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan