Selasa, 27 Februari 2018

Bai'ah tak salah tapi jangan obses - Penganalisis

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Lafaz bai'ah atau ikrar diakui amat diperlukan bagi sesebuah parti namun jangan sampai ia menjadi ekstrimis, kata penganalisis politik Edwin Michael Muniandy.
 
Beliau menegaskan lafaz itu menjadi suatu keperluan dalam menunjukkan kesetiaan ahli kepada sesebuah parti tetapi tidak sepatutnya menyebabkan keluarga bercerai-berai jika ahli berkenaan keluar parti.
 
"Jika dilihat politik dunia, ini tidak diamalkan di negara-negara lain, tapi ini menjadi satu trend di Malaysia parti-parti politik mengamalkan tradisi ni, tetapi yang saya rasa terlalu ekstrem adalah PAS sampai bercerai berai, talak tiga dan sebagainya.
 
"Tetapi parti politik lain yang mengamalkannya adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawasanya calon yang mereka pilih itu menunjukkan kesetiaan kepada parti.
 
"(Untuk) menunjukkan persepsi bahawa calon tidak akan lompat parti dan sebagainya, tapi dalam konteks lain, ini membawa suatu yang buruk seperti yang berlaku dalam konteks PAS bercerai talak tiga dan sebagainya", katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Mengulas lebih lanjut isu ini, Edwin berkata PAS hendaklah mengamalkan politik sederhana sebagaimana agama Islam mengajar umatnya untuk bersederhana dalam semua aspek.
 
"Ini dikatakan obses politik dimana mereka meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan lain.
 
"Kalau kita lihat dalam konteks Islam sekalipun, semuanya harus dalam bentuk kesederhanaan. Begitu juga politik, kita perlu bersederhana dalam politik, tetapi dalam PAS ini kita lihat keobsesannya yang terlampau sehingga menggugat institusi kekeluargaan itu sendiri," ujar beliau.
 
Walau bagaimanapun, Pensyarah Sains Politik dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu, juga melihat lafaz bai'ah kini mula menjadi satu kewajipan setiap kali berlakunya pilihan raya umum.
 
"Dalam konteks yang umum, menjadi keperluan, mereka menunjukkan kesetiaan kepada parti, ini bukan bercakap tentang PAS khususnya tapi parti politk lain, perlu kerana kesetiaan itu ada disitu.
 
"Tapi kalau konteks lebih menjurus kepada parti politik itu sendiri, saya rasa tidak perlu. Kerana katakan calon yang dipilih, adalah calon yang mendapat perkenaan presiden dalam konteks Barisan Nasional dapat perkenan Perdana Menteri jadi tidak patut timbul persoalan kredibiliti calon itu," katanya lagi

Tiada ulasan: