ISMA WEB
Bekas Naib Canselor UiTM kata bukan soal sokong UMNO atau tidak tapi jangan bakar kelambu jika marahkan nyamuk
BANGI – Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Senator Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berpendapat orang Melayu melakukan dosa cukup besar, jika menyokong idea membenarkan bukan Melayu, terutama yang anti-Islam memerintah negara.
Beliau yang
juga Ahli Dewan Negara berkata, pandangan ini bukan bersikap rasis
sebaliknya ia adalah realiti yang harus diterima, dan bukan juga seruan
untuk menyatakan sokongan kepada UMNO.
“Orang
Melayu kena faham semarah mana pun kita kepada kerajaan sedia ada, kita
perlu sedar sebagaimana kata-kata, marahkan nyamuk kelambu dibakar.
“Sekalipun
kerajaan sekarang ada buat kesilapan, tetapi lihatkan bagaimana
pembangunan dan kemajuan yang kita kecapi sejak 60 tahun, melainkan kita
makan pun susah,” kata Pengerusi Biro Pendidikan UMNO itu.
Sebelum
ini, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata Islam
membenarkan umatnya bekerjasama dengan bukan Islam, tetapi berlandaskan
kepada prinsip Islam.
“Pemimpin
Islam tidak boleh ikut telunjuk bukan Islam. Dalam Islam kita boleh
bersama (bekerjasama), namun dari segi prinsipnya kita tidak boleh
mengikut telunjuk mereka. Kita (umat Islam) perlu memimpin. Islam perlu
memerintah,” katanya.
Sementara,
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, parti itu akan
mengambil bukan Islam menjadi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14) akan datang.
“PAS juga
membentuk Gagasan Sejahtera, di dalamnya ada Parti Ikatan dan Parti
Cinta Malaysia, dalamnya ada orang bukan Islam bekerjasama dengan PAS.
Mereka bukan Islam tapi menghormati hak orang Islam dan agama-agama lain
yang dijamin dalam Perlembagaan,” katanya.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, bukan Islam juga boleh dilantik menjadi menteri Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri.
Umumnya,
mereka yang menjadi menteri Kabinet atau Ahli Exco negeri bagi mana-mana
kementerian atau portfolio dalam pentadbiran negara atau negeri, adalah
pemerintah.
Pada siaran
langsung menerusi Facebook Sinar Harian, Dr Ibrahim Shah berkata,
pandangan beliau bukan isu sama ada mesti menyokong UMNO atau tidak,
sebaliknya asas negara ini mesti diperintah bangsa majoriti iaitu Melayu
Islam.
Katanya, orang Melayu perlu bijak membuat penilaian meskipun marah dengan kerajaan sedia ada, kerana semua pihak bukan syumul.
“Kerajaan
dah buat yang terbaik, terpulang pada rakyat memikirkan keputusan dari
segi perspektif menyeluruh dan implikasi kepada anak cucu cicit kita.
Awak bukan bakar rumah awak sahaja, tetapi melibatkan masa depan anak
cucu cicit,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan