Sabtu, 3 Februari 2018

Jangan #UndiRosak, PAS gesa #UndiPAS



Jangan #UndiRosak, PAS gesa #UndiPAS
Pemuda PAS melancarkan kempen #UndiPAS menyifatkan mereka pilihan terbaik mentadbir kerajaan persekutuan berdasarkan rekod tadbir Kelantan dan Kedah. – Gambar fail The Malaysian Insight,
 
JAWAPAN Pemuda PAS kepada kempen #UndiRosak yang semakin mendapat tempat adalah membentuk sebuah kempen dinamakan #UP atau #UndiPAS.

Naib Presiden Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berkata pengundi seharusnya tidak mengundi Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan sebaliknya mengundi PAS.

“Kami mempromosi #UP atau kempen undi PAS di seluruh negara. Ia adalah alternatif kepada Undi Rosak,” katanya kepada wartawan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Beliau juga menambah yang PAS mempunyai rekod baik mentadbir Kelantan serta satu penggal di Kedah.

Khairil juga menambah yang negeri seperti Kelantan mempunyai kadar sifar rasuah dan parti Islam itu boleh menjadi kerajaan persekutuan yang baik.

“Jangan bosan dengan politik. PAS mempunyai rekod (baik) yang terbukti. Tiada korupsi dan salah guna kuasa di negeri kami tadbir.

“Kami gesa anak muda Malaysia untuk keluar dan mengundi dan beri peluang kepada PAS dalam pilihan raya ini,” katanya.

Kempen #UndiRosak di media sosial menimbulkan perdebatan hangat dan mengundang kritikan pemimpin kerajaan dan pembangkang.

Dalang kempen itu menggesa pengundi yang tidak gembira supaya tak keluar mengundi atau merosakkan undi mereke sebagai bantahan kepada kurang pilihan atau kualiti calon yang rendah pada pilihan raya akan datang

Tiada ulasan: