Khamis, 8 Februari 2018

Istana Kelantan turut tarik balik darjah kebesaran Tun M

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Istana Kelantan dilaporkan turut menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan ke atas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Malaysiakini.
 
Portal itu melaporkan, penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran itu dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat bertarikh 6 Februari lalu dan dihantar ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.
 
Difahamkan, pingat yang ditarik balik itu ialah Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu Tuanku Ismail Petra dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu, pada 2002.
 
Portal itu yang memetik sumber melaporkan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sedang dalam proses menyerahkan semula pingat berkenaan.
 
Semalam, Sultan Muhammad V menarik balik darjah  kebesaran negeri Kelantan membawa gelaran ‘Datuk' yang dikurniakan kepada Naib Presiden Amanah yang juga ADUN Salor, Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
 
Kedua-duanya menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat petang kelmarin yang memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).
 
 

Tiada ulasan: