Rabu, 7 Februari 2018

Harga petrol naik lagi, diesel turun

ISMA WEB

BANGI – Harga runcit bahan api untuk minggu kedua bulan ini naik lagi antara 2 sen dan 3 sen bermula tengah malam ini, selepas mengalami kenaikan pada kadar sama minggu lalu.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan, harga runcit bagi produk RON95 naik 2 sen kepada RM2.33 seliter berbanding RM2.31 minggu lalu yang juga mencatatkan kenaikan 2 sen.

RON97 pula naik 3 sen kepada RM2.61 seliter (RM2.58 minggu lalu). Minggu lalu, harga RON97 juga naik 3 sen.

Bagaimanapun, harga runcit bagi diesel turun kepada RM2.31 seliter, berbanding RM2.34 minggu lalu.

Harga terbaru itu berkuat kuasa mulai tengah malam ini, selama seminggu sehingga 14 Februari depan.


Tiada ulasan: