BANGI – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan melaksanakan beberapa
rancangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara sekarang ini,
jika beliau menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
“Kita
mempunyai beberapa idea sekarang. Sebelum pun saya menjadi Perdana
Menteri, sememangnya saya telah kaji masalah-masalah ini dan mendapat
sedikit idea bagi menyelesaikannya.
“Insya-Allah
kalau saya jadi Perdana Menteri, saya akan laksanakan sebahagian
daripada idea-idea yang telah saya cipta untuk menyelesaikan masalah
ini,” kata bekas Perdana Menteri yang mentadbir Malaysia selama 22 tahun
itu.
Dr
Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat bermula 16 Julai 1981
hingga meletak jawatan pada 31 Oktober 2003. Beliau dinobatkan sebagai
‘Bapa Pemodenan Malaysia’ kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi
sebuah negara industri baru yang disegani.
Ketika
memimpin negara selama 22 tahun, beliau berjaya membawa pembangunan
melalui dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara
luar, sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai sebuah negara
berdaya maju di Asia Tenggara dan pernah dinamakan sebagai negara
‘Harimau Ekonomi Asia’.
Dalam sesi
Facebook Live ‘Policy Talk – Governans & Ekonomi’ hari ini, beliau
berkata, bagi seorang Perdana Menteri yang baharu agak sukar untuk
menyelesaikan masalah itu dalam tempoh dua tahun.
“Tapi bagi
saya umur dah lebih… pengalaman dah banyak, jadi tak payah nak belajar.
Segala masalah yang rumit dahulu pun kita dapat selesaikan. Yang ini
(masalah) memang lebih rumit daripada dahulu, tapi kita mempunyai
sedikit idea berkenaan dengan cara-cara menyelesaikan masalah itu,”
katanya.
Pada masa sama, Dr Mahathir juga berpendapat seorang Perdana Menteri tidak harus terlalu lama memegang jawatan Menteri Kewangan.
Pada masa sama, Dr Mahathir juga berpendapat seorang Perdana Menteri tidak harus terlalu lama memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau
pernah memegang jawatan Menteri Kewangan ketika menjadi Perdana Menteri,
tetapi langkah itu, katanya, adalah sementara mendapat calon terbaik
menjawat jawatan itu.
“Apabila
satu orang Menteri Kewangan digugur atau tidak lagi boleh berkhidmat,
maka kita mengambil masa sedikit untuk mencari calon yang baik dan baru.
Dalam jangka masa itu saya biasa ambil alih tugas Menteri Kewangan,
termasuk menyediakan bajet untuk satu tahun.
“Sedikit
sebanyak ia juga menjadi satu pengalaman bagi saya. Tetapi saya
berpendapat bahawa adalah lebih baik lagi kalau Perdana Menteri tidak
pegang jawatan Menteri Kewangan,” katanya.
Dr
Mahathir juga berkata, pada masa dahulu beliau menentukan bahawa Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bersilih ganti memegang jawatan
dalam Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.
“Kadang-kadang
Perdana Menteri menjadi Menteri Pertahanan dan timbalannya menjadi
Menteri Dalam Negeri. Kadang-kadang kita bertukar, kerana dua
kementerian ini agak penting untuk menentukan keselamatan dan kestabilan
negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan