KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk Farid Kamil Zahari disiasat lima jam
berikutan mendakwa tiga artis memasukkan dadah dalam minumannya.
Susulan aduannya pada 31 Januari lalu, beliau mendakwa dirinya dianiaya
sehingga “khayal dan bertindak ganas” di balai polis Kota Damansara,
lapor Kosmo!.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata keterangan Farid, tiba
jam 3 petang di balai polis Mutiara Damansara, diambil berkaitan
dakwaan itu.
“Polis telah lama meminta pelakon berkenaan datang memberi keterangan berkaitan laporan yang dibuatnya,” kata SAC Fadzil Ahmat.
“Namun bagitu Farid Kamil hanya muncul hari ini (Isnin) dan kami
mengambil keterangannya bagi disiasat berhubung semua dakwaan itu,”
katanya.
Satu sumber pula memberitahu portal itu, Farid turut disiasat berhubung
dakwaan kecederaannya di dahi ketika ditahan di balai polis Mutiara
Damansara.
Farid, juga seorang pengarah, enggan ditemu bual oleh wartawan sebaik sahaja selesai memberi keterangan.
Beliau sebelum ini menjadi tumpuan berikutan perbuatannya menampar
anggota polis dan menendang orang awam di balai polis Kota Damansara
pada 11 Januari lalu.
Pada 16 Januari lalu, Farid dihadapkan ke mahkamah atas empat
pertuduhan manakala pada 25 Januari, dia didakwa atas pertuduhan
berkaitan dadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan