KUALA LUMPUR: PAS Selangor akan mengadakan mesyuarat malam ini, bagi
membincangkan isu peruntukan ADUN partinya yang masih belum diterima
daripada kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi, berkata mesyuarat itu akan berlangsung di pejabat PAS negeri di Shah Alam, Selangor.
"Selain isu pilihan raya, isu peruntukan yang masih belum diterima
antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini.
"Setakat yang saya tahu, bukan saya seorang masih belum terima tuntutan
yang kita buat sejak bulan lalu, 14 ADUN PAS lain juga sama," katanya
dipetik Berita Harian Online.
Mengulas lanjut, Sallehin berkata, beliau sendiri pernah menghubungi
pejabat daerah bertanyakan mengenai peruntukan terbabit, namun tiada
jawapan kukuh diberikan.
"Jumaat lalu, saya menghubungi pejabat daerah untuk mengetahui status
peruntukan daripada kerajaan negeri tetapi jawapan yang diberikan ialah
peruntukan belum turun (belum dapat).
"Saya tidak tahu mengenai ADUN dari parti lain, katanya ada juga yang sudah terima, ada yang masih belum," katanya.
Isu mengenai peruntukan itu timbul bulan lalu apabila Sallehen
dilaporkan berkata, kerajaan Selangor pimpinan PKR membekukan peruntukan
untuk ADUN PAS, seperti dimaklumkan kepadanya oleh unit perancangan
ekonomi negeri.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu
maklum balas ringkas kepada NST berkata dakwaan itu tidak 'tidak benar'
dan 'dakwaan tidak berasas'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan