LONDON: Kapal Seabed Constructor yang dalam ekspedisi mencari pesawat
MH370 dilaporkan hilang secara misteri pada 31 Januari lalu dan hanya
berjaya dihubungi malam tadi setelah 10 hari berlepas dari pelabuhan
Durban di Afrika Selatan.
Portal Daily Mail melaporkan, sistem pengesanan kapal itu ditutup dalam
tempoh berkenaan selepas 80 jam melakukan ekspedisi yang tidak
didokumentasikan.
Difahamkan Sistem Pengesanan Automatik (AIS) kapal tersebut tidak dapat
dihubungi pada tarikh tersebut namun punca kejadian masih belum
diketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan