JOHOR BAHRU: Polis menahan 35 ahli geng 360 yang dipercayai ada kaitan
dalam kes pembunuhan kejam di stesen minyak di Taman Pelangi, 17
Disember lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, rangkaian
kumpulan jenayah terancang itu ditangkap dalam operasi khas di seluruh
negara, sejak 4 Januari lalu.
Penahanan itu sekaligus dapat menumpaskan kegiatan kongsi gelap ini
yang terlibat dalam kekerasan, dadah dan penyeludupan sejak 20 tahun
lalu.
“Kita berjaya menyelesaikan kes pembunuhan itu dan ketika siasatan kita
telah membongkar kumpulan kongsi gelap 360 ini serta mengenalpasti
hampir 100 ahlinya, dan usaha mengesan saki baki ahli ini giat
dilakukan.
“Hasil tangkapan ini juga polis turut menyita dan melakukan pembekuan
terhadap harta milik ahli bernilai RM6.5 juta melibatkan tujuh buah
kenderaan mewah, empat hartanah, 73 akaun dipelbagai insititusi
kewangan, enam utas jam berjenama dan wang tunai pelbagai negara,”
katanya pada sidang media di Pusat Media IPK Johor, di sini, semalam.
Mohd Khalil berkata kesemua yang ditahan ini akan didakwa di mahkamah esok bagi tuduhan dibawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan