KUCHING: Berita tular di beberapa laman sosial dan portal berita yang
melaporkan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Rohani Abdul Karim tiba-tiba jatuh sakit dan dikejarkan ke
Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam, adalah tidak benar.
Setiausaha Akhbar Menterinya, Kamarul Farid Kamaruddin dalam kenyataan
di sini, menafikan Rohani sakit dan dimasukkan ke HUS, sebaliknya beliau
ke hospital kerana membuat pemeriksaan kesihatan disebabkan mengalami
demam biasa.
“Merujuk kepada kenyataan di beberapa laman sosial dan portal berita,
adalah dimaklumkan bahawa keadaan kesihatan Datuk Seri Rohani adalah
tidak seperti mana yang dilaporkan.
“Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera (PBB)
yang baru sahaja diumumkan semalam tidak dikejarkan ke HUS seperti
didakwa.
“Beliau ke HUS untuk pemeriksaan kesihatan biasa dan dilaporkan hanya mengalami demam biasa,” katanya.
Tambah Kamarul, kenyataan yang mengesahkan keadaan kesihatan Rohani
daripada sumber Setiausaha Politik, Saifuddin Matsah dan Setiausaha
Kanan, Reza Rizvy adalah tidak benar sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan