Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mempersoalkan kenapa Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim tidak memohon membeli sebidang tanah seluas 55.79 ekar daripada kerajaan pada kadar nominal seperti kebanyakan pengambilan tanah bukan komersial.
“Ini kerana tanah itu hanya untuk dijadikan sebagai hub pendidikan bukan tujuan komersil.
“Tanah yang diperoleh untuk universiti awam biasanya dipindahkan pada kadar nominal, manakala tanah yang dibeli oleh BNM berfungsi lebih kurang RM823 per kaki persegi” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan Bank Negara Malaysia (BNM) seperti dilaporkan media ekonomi The Edge Financial Daily pada 4 Januari lalu yang melaporkankan BNM telah membeli seluas 55.79 ekar tanah milik kerajaan persekutuan bernilai RM2 bilion mengikut harga pasaran bagi dijadikan hub pendidikan kewangan.
BNM dilaporkan membeli tanah untuk dibangunkan sebagai tempat penempatan semula Universiti Kewangan Islam Global dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa, selain membina pelbagai kemudahan pendidikan serta pusat latihan.
Pua juga menegaskan pengambilalihan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) lebih awal daripada lebih 500 ekar tanah daripada kerajaan persekutuan, dengan mengatakan bahawa urusniaga itu telah diurusniagakan pada “nilai nominal atau banyak diskaun untuk tujuan komersil”.
Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP, berkata, rakyat negara ini tidak wajar dipersalahkan jika mengesyaki pembelian itu hanyalah sekadar usaha kerajaan untuk mengambil wang BNM bagi melunaskan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Harus diberi perhatian juga masa transaksi dan pembayaran tersebut kebetulan sama dengan pembayaran US$600 juta yang terpaksa dibuat 1MDB bagi melangsaikan baki hutang terakhirnya kepada IPIC pada hujung tahun lalu.
“Sehingga soalan-soalan ini dijawab dengan betul, rakyat Malaysia tentu tidak boleh dipersalahkan kerana mempercayai BNM membenarkan dirinya diserbu oleh Kementerian Kewangan untuk menyelamatkan 1MDB,” kata Pua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan