Ahad, 4 Februari 2018

AirAsia tawar tambang RM9 sempena Tahun Baru Cina

Wartawan MalaysiaGazette
 


KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan tambah serendah RM9 dan RM199 untuk penerbangan sehala domestik dan antarabangsa sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Tambang berharga RM9 itu membabitkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu.

Manakala tambang sehala bermula pada harga RM99 dari Kuala Lumpur ke Lombok, Bali, Davao, Chiang Mai, Ho Chi Minh City dan beberapa destinasi lain.

AirAsia dalam kenyataannya berkata, promosi itu juga ditawarkan bagi destinasi jarak jauh dengan tambang sehala sehingga serendah RM199 dari Kuala Lumpur ke Macao, Kunming, Shantou, Taipei, Sapporo, Shanghai dan Hangzhou.

Promosi itu untuk tempahan bermula sekarang sehingga 4 Februari ini bagi perjalanan untuk antara 1 Ogos ini hingga 31 Januari tahun depan. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: