OLEH NAZLI IBRAHIM
HULU
KELANG: Seramai 120 peniaga kecil di Hulu Kelang, hari ini
menerima bantuan Skim Hijrah bernilai RM761,000 bagi mengembangkan
perniagaan masing-masing.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed
Azmin Ali berkata, bantuan antara RM5,000 hingga RM50,000 itu diwujudkan
bagi mengatasi masalah peniaga mendapatkan pinjaman bank.
“Kalau pergi ke bank, hendak pinjam RM5,000 pun susah. Pelbagai karenah mahu pinjam duit.
“Justeru,
Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan kepada Yayasan Hijrah dan
sehingga kini, RM340 juta dibelanjakan untuk membantu 48,000 peniaga
kecil di Hulu Kelang sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Penyampaian Sumbangan Asnaf dan Solat Asar di Surau Al Islah AU2, di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata, peniaga yang menerima pembiayaan melalui Skim Hijrah tidak dikenakan faedah seperti pinjaman bank.
Katanya, bantuan itu diharap dapat membantu penerima meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.
Sementara
itu, pada program sama, Mohamed Azmin turut menyampaikan sumbangan
RM500 daripada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) kepada 100
keluarga asnaf, di kawasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan