OLEH NAZLI IBRAHIM
BUKIT
ANTARABANGSA: Ahli Parlimen Gombak, Dato’Seri Mohamed Azmin
Ali, yakin rekod perkhidmatannya kepada rakyat adalah senjata terbaik
beliau untuk bertanding, di mana sahaja.
Mohamed Azmin yang juga
Dato’Menteri Besar Selangor berkata, beliau komited meneruskan
perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira kerusi mana yang beliau
tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Sebagai
pemimpin bersifat nasional, kita perlu bersedia bertanding di mana
sahaja, namun akhirnya itu adalah keputusan rakyat bukan saya menentukan
tetapi yakin dasar Kerajaan Negeri yang peduli rakyat, Insha Allah
rakyat akan mempertahankan kerajaan sedia ada.
“Bukan
di mana saya perlu bertanding tetapi di mana juga diletakkan, maka saya
bertanggungjawab memberi khidmat kepada rakyat. Ini yang saya
tekankan,” katanya selepas menghadiri Program Penyampaian Bantuan
Kewangan Kepada Masjid dan Surau Serta Solat Jumaat di Masjid Ukay
Perdana, di sini, semalam.
Beliau berkata, pemimpin juga diingatkan jangan terlalu bergelut dalam isu politik hingga lupa tanggungjawab kepada rakyat.
Mohamed
Azmin yakin, isu pembahagian kerusi akan dapat diselesaikan dengan baik
ketika ditanya isu pembahagian kerusi, di Selangor.
Katanya, sebarang pertikaian yang berlaku berhubung isu itu menandakan kesuburan demokrasi, di Selangor.
“Obama
kata, proses demokrasi itu memang sesuatu yang bising, jadi memang
biasalah kalau ada perbincangan tetapi kalau senyap sahaja itu namanya
diktator,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan