Isnin, 2 Oktober 2017

Pemuda PPBM Selangor lancar petisyen bantah pesta arak

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor hari ini melancarkan petisyen untuk membantah menganjurkan pesta arak di Malaysia.
 
Dalam satu kenyataan hari ini mereka berkata petisyen yang dinamakan 'Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia!' bertujuan mengumpulkan sokongan dari rakyat Malaysia untuk menolak festival penganjur arak di kawasan awam di negara ini.
 
Petisyen itu dikatakan mendapat kira-kira 12,500 tandatangan setakat ini.
 
Tegas mereka dalam kenyataan itu juga, budaya mengadakan pesta arak di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah bukan amalan biasa di negara ini.
 
Sebagai contoh, ia berkata pesta arak seperti Oktoberfest tidak mempunyai signifikan kerana budaya yang berasal dari Jerman itu bertujuan memperingati perkahwinan diraja antara Putera Ludwig dan Puteri Therese pada 12 Oktober 1810.
 
"Oktoberfest bukanlah amalan mana-mana kaum di Malaysia dan tidak berkaitan dengan agama apa pun. Tidak ada sebab untuk meraikannya," katanya.
 
Bagaimanapun mereka menegaskan petisyen itu bukan untuk menentang hak bukan Islam mengambil minumab beralkohol.
 
"Apa yang kita tolak adalah budaya menganjurkan pesta arak di kawasan awam. Kami tidak menghalang orang bukan Islam daripada mengambil dan menjual alkohol.
 
"Kami tidak mahu budaya ini (menganjurkan pesta arak) untuk membuka laluan kepada aktiviti lain yang tidak dapat diterima seperti pesta gay dan perkahwinan sejenis," katanya lagi

Tiada ulasan: