ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 9 pagi ini kekal 116 orang seperti malam tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),
tiga pusat pemindahan yang menempatkan 22 keluarga masih dibuka di
daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.
Di Kota Setar, dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan
Haji Abu Bakar yang menempatan 26 mangsa daripada tujuh keluarga dan 17
mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Maahad Darul Hasimie.
Di Kubang Pasu, 73 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Lahar, Jitra.
Mangsa banjir dijangka dibenarkan pulang tengah hari nanti berikutan cuaca cerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan