SHAH ALAM: 12 penghuni sebuah bilik asrama pusat Tahfiz Al-Quran
Bidayatul Hidayah, Seksyen 32, berdepan detik cemas apabila almari
pakaian terbakar, tengah malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Zamri
Rohani, berkata pihaknya percaya kebakaran itu berpunca daripada ubat
nyamuk yang dipasang.
Katanya, ubat nyamuk itu diletakkan berhampiran almari berkenaan sebelum ia terkena pakaian.
"Ketika bomba sampai pada jam 12.37 tengah malam, api sudah terpadam.
"Penghuni pusat tahfiz itu bertindak pantas memadamkan api menggunakan
alat pemadam api selepas tersedar asap mula memenuhi ruang bilik tidur
mereka," katanya lapor Berita Harian.
Mohd Zamri berkata, ketika kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam
itu, bilik ada 11 pelajar lelaki berusia bawah 12 tahun serta seorang
warden berusia 30-an.
Katanya, tindakan pantas warden dan pelajar berkenaan menyebabkan api tidak merebak ke kawasan lain.
"Tiada yang cedera. Untuk sementara waktu, bilik terbabit ditutup bagi
pembersihan dan mereka ditempatkan sementara di surau bersebelahan,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan