SHAH ALAM: DUN Sarawak perlu mengadakan sidang tergempar dalam tempoh
dua minggu, bermula pada hari ini selepas keputusan mengekalkan ADUN
Pujut sebagaimana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuching.
Ketua pembangkang Sarawak, Chong Chieng Jen memaklumkan beliau akan
membuat permintaan rasmi kepada pejabat ketua menteri pada hari ini.
Tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri mahu merayu keputusan mahkamah tersebut.
Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak berkata keperluan sidang
tergempar itu diadakan untuk membincangkan bagaiman badan penggubal
undang-undang bertindak secara tidak sah.
"Usul menteri dan resolusi membawa rasa tidak senang dan memalukan kepada institusi DUN Sarawak.
"Sidang khas DUN mesti diadakan untuk membenarkan semua ahli, secara
sepenuhnya dan semata-mata membincangkan mengenai perkara ini," kata
Chong.
Ahli Parlimen Bandar Kuching itu juga dalam memetik suratnya kepada
Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg turut mengajukan
persoalan sama ada UN berkuasa merayu keputusan Mahkamah Tinggi tanpa
resolusi yang diluluskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan