Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: PAS menempelak parti serpihannya, Amanah yang menuduh pendekatannya sudah tidak sesuai dengan Islam.
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menjawab
kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, menegaskan, sebaliknya parti
tersebut yang sebenarnya menyimpang dari Islam kerana bertindak keluar
dari PAS.
Lebih lanjut, Mahfodz menggelarkan Amanah lebih kepada 'syok sendiri'.
"Yang menyimpang dari Islam itu dia (Amanah) kerana keluar dari PAS.
"PAS masih konsisten dengan dasar PAS, kita masih pegang. Yang keluar
itulah yang menyimpang dari PAS," tegasnya ketika dihubungi Antarapos,
hari ini.
Mohamad Sabu, atau Mat Sabu pada semalam mendakwa pendekatan PAS pada masa kini sudah tidak sesuai dengan Islam.
Katanya perjuangan PAS sudah tersasar jauh, malah rakyat juga semakin jauh daripada parti berkenaan.
Melihat kegagalan itu, Amanah mendakwa ia bersedia mengambil alih
pentadbiran kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang
memandangkan PAS sudah tidak diperlukan lagi di negara ini.
"Mereka kata hendak ambil alih kerajaan Kelantan. Itu tunggu pilihan
raya. Sabarlah sikit. Yang pastinya rakyat kena sokong. Lagipun dia
belum tahu rakyat sokong ke tidak. Dia cuma rasa sahaja, syok sendiri,"
ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan