Oleh DATUK ISKANDAR A. SAMAD
SAYA
mencadangkan Perdana Menteri menggantikan Menteri Kesejahteraan
Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sekarang dengan seseorang yang
lebih profesional.
Menteri sekarang, Tan Sri Noh
Omar lebih suka bermain politik dan mengambil sikap berkonfrontasi
dengan kerajaan negeri. Ini adalah satu sikap yang akan merugikan
rakyat.
Saya melihat Timbalan Menteri sekarang, Datuk Halimah
Mohamed Sadique lebih berwibawa dan terbuka. Lagipun beliau telah
menjadi Timbalan Menteri sejak 2013 maka lebih berpengalaman dari Tan
Sri Noh. Maka adalah wajar beliau menggantikan Tan Sri Noh.
Tetapi
jika perlu melantik pemimpin dari Selangor, terdapat juga pemimpin BN
yang layak mengganti Tan Sri Noh. Datuk Seri Dr Irmohizan Ibrahim, Ahli
Parlimen Kuala Selangor adalah salah seorang calon pengganti Tan Sri
Noh.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa kerajaan negeri bersedia
untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di dalam isu-isu
perumahan demi kebajikan rakyat.
Kami tidak bercakap kosong
kerana telah memberikan keistimewaan kepada projek Perumahan 1 Malaysia
(PR1MA) dan Perumahan Perkhidmatan Awam 1 Malaysia (PPA1M) sama
seperti projek Rumah Selangorku. Tetapi Menteri yang terlibat lebih
suka mengambil sikap untuk berkonfrontasi dengan kerajaan negeri.
Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh disalahkan jika mengambil tindakan balas.
Perlu
diingatkan kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek-projek
PR1MA dan PPA1M di Selangor. Mereka hanya perlu patuh kepada peraturan
yang sama seperti pemaju swasta yang lain.
DATUK ISKANDAR A. SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan