SHAH ALAM: Segala dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ)
terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan sebagai tidak
meyakinkan jika ia tidak dibuktikan di mahkamah yang kompeten.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelbagai
siasatan dilakukan terhadap 1MDB, sebagaimana laporan terperinci oleh
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)yang menjalankan tugasnya
berdasarkan dapatan Jabatan Audit Negara.
Liow menambah Bank Negara Malaysia juga menjalankan siasatan dan seterusnya mengenakan denda ke atas 1MDB.
"Polis pula terus menjalankan siasatan secara bebas, tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Oleh itu, kerajaan telah mengambil segala tindakan yang perlu untuk menangani isu itu," demikian memetik kenyataan Liow.
Presiden MCA itu juga kontroversi 1MDB itu telah dinyata secara jelas
seperti model perniagaan yang tidak cekap, pengurusan yang lemah atau
tadbir urus dan terlalu bergantung kepada hutrang.
"Ini terlalu pahit tetapi pengajaran penting yang perlu diambil
iktibar. Melalui pengurusan profesional dan kepimpinan yang mantap Arul
Kanda (Ketua Pegawai Eksekutif), pelan rasionalisasi 1MDB telah berjaya
dilaksanakan," kata beliau.
Beliau percaya isu 1MDB telah dipolitikkan secara berlebihan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha untuk menggulingkan
kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
"Dan sekarang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah
bertindak hingga sanggup bersekongkol dengan kuasa-kuasa asing untuk
mencapai agenda mereka," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan