ALOR GAJAH: Seramai 103 mangsa terjejas banjir dipindahkan ke dua pusat
pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan Kampung Bukit Tambun dan
Bukit Balai di sini, dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.
Jumlah itu membabitkan 70 mangsa di Balairaya Bukit Tambun manakala 33
mangsa di Balairaya Bukit Balai, setakat jam 8 pagi tadi.
Hujan lebat bermula jam 12 tengah malam tadi mengakibatkan sungai mula
melimpah dan membanjiri dua kampung berkenaan kira-kira tiga jam
kemudian.
Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBD) Alor Gajah,
Leftenan (PA) Mohd Kamil Hassan, berkata seramai 115 mangsa ditempatkan
di Balairaya Bukit Tambun namun jumlah itu berkurang kepada 103 mangsa
berikutan ada yang sudah pulang ke kediaman masing-masing.
"Jumlah ini tidak termasuk mangsa terjejas berpindah ke rumah ahli
keluarga dan saudara masing-masing," katanya ketika ditemui di Balairaya
Bukit Tambun, di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan