Jumaat, 23 Jun 2017

Adun PKR yang mogok lapar dihantar ke hospital

Berita Daily Staff

PKR masih belum menerima maklumat daripada doktor yang merawat Adun Hutan Melintang itu bagi mengesahkan sebab beliau dihantar ke hospital

KUALA LUMPUR: Ahli Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang Kesavan Subramaniam yang bertindak mengadakan mogok lapar sebagai tanda protes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihantar ke hospital.

Penyokongnya yang hadir bimbang kesihatannya bertindak memanggil ambulans malam tadi.

“Sekitar 9 (malam tadi), beberapa penyokong yang berada bersama Kesavan mendapati tahap kesihatan beliau agak merisaukan dan telah membuat keputusan memanggil ambulans untuk membawa beliau ke hospital Putrajaya.

“Keadaan beliau pada waktu ini difahamkan stabil dan semakin pulih,” kata Pengarah Komunikasi Strategik PKR Fahmi Fadzil.

Tambah Fahmi sehingga kini pihaknya masih belum menerima maklumat daripada doktor yang merawat Adun Melintang itu bagi mengesahkan sebab beliau dihantar ke hospital.

Pada 9 Jun yang lalu, Kesavan mengadakan mogok lapar di depan SPR Perak selepas SPR gagal mendapat maklum balas dari Pengerusi SPR, Mohd Hashim Abdullah mengenai daftar pengundi yang meragukan.

Mogok lapar itu juga bertujuan mendesak SPR menerima borang bantahan (c) sebanyak 200 keping lagi pada kadar RM2,000.

Kemudian Kesavan menyambung mogoknya pada pada 11 pagi, Khamis dan berniat untuk melakukannya sehingga Sabtu.

PPBM harap Dr M dilantik pengerusi Pakatan

 | June 23, 2017
PPBM bagaimanapun bersedia menerima sebarang keputusan atas prinsip musyawarah.
ppbmPETALING JAYA: PPBM hari ini menafikan ia cuba mendominasi Pakatan Harapan (PH) dengan menuntut jawatan tertinggi presiden dan pengerusi gabungan itu, sebaliknya berkata bersedia berkompromi melalui perbincangan dengan 3 rakan komponen lain.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor berkata parti itu kini cuma mencadangkan agar jawatan pengerusi PH diberikan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Cadangan asal PPBM untuk meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden PH adalah untuk memantapkan kepimpinan PH secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU 14 berasaskan pengalaman luasnya menerajui jentera pilihan raya.
“Namun PPBM sedia berkompromi bagi jawatan presiden PH atas semangat musyawarah,” katanya.
Kamaruddin berkata partinya sudah menyampaikan cadangan itu pada mesyuarat PH pada 9 Jun, dan bersedia menerima sebarang keputusan sekiranya ia dipersetujui sebulat suara oleh parti lain.
PH turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah. Gabungan itu berhasrat menyertai PRU akan datang menggunakan logo sama.
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata gabungan itu terpaksa menunda tarikh pendaftarannya sehingga selesai beberapa keputusan menyentuh struktur organisasi.

Tiada ulasan: