SEREMBAN: Bersempena Aidilfitri yang bakal tiba, had laju jalan
Persekutuan diturunkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j
mulai 18 Jun hingga 2 Julai, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah
Yusof.
Bagi jalan negeri, katanya kementerian meminta kerjasama pihak berkuasa
negeri untuk menurunkan had laju daripada 80km/j kepada 70km/j.
"Selain itu, kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan bagi jalan
Persekutuan dan jalan Negeri serta lebuh raya akan dihentikan mulai 18
Jun hingga 2 Julai semasa musim perayaan bagi memastikan kelancaran
trafik. Namun, kerja-kerja kecemasan dan kritikal adalah dikecualikan,"
katanya semasa berucap merasmikan program Coffee Break sempena
Aidilfitri di sini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan
Datuk Ismail Lasim, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Zohari Akob,
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md
Salleh dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Datuk Abdul
Karim Mohd Tahir.
Fadillah berkata JKR dan LLM juga menubuhkan pasukan peronda bagi
memantau kemalangan dan sebarang kerosakan jalan selain memastikan
kerja-kerja kecemasan dilakukan dengan segera tanpa gangguan lalu lintas
di jalan-jalan Persekutuan.
Dalam sidang media kemudian, Fadillah berkata tahun ini, sebanyak 15
kawasan persimpangan di seluruh negara dikenal pasti untuk ditambah baik
bagi mengurangkan risiko kemalangan.
"Pada masa sama, kementerian dalam proses membangunkan Pelan Tindakan
Dasar Pembinaan Jalan Raya dan Lebuh Raya bagi mencapai objektif
peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam,"
katanya.
Lima belas persimpangan itu ialah satu masing-masing di Negeri
Sembilan, Johor, Melaka, Selangor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perlis,
Perak, Pulau Pinang dan Labuan serta dua masing-masing di Kedah dan
Sabah selain tiga di Sarawak.
Beliau berkata sebanyak 21 projek jalan melibatkan kerja-kerja
pembinaan jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada diluluskan untuk
dilaksanakan tahun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM4.896 bilion.
Dalam pada itu, Fadillah menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya
memandu dengan berhemah dan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan
raya.
SUV jadi model pertama dipasang Proton selepas usahasama Geely
Ia merupakan kenderaan pertama Geely yang menyertai
keluarga Proton selepas syarikat China itu mengambil alih separuh
kepentingan bulan lalu.
KUALA
LUMPUR: Proton Holdings hari ini mengumumkan kenderaan utiliti (SUV)
pertama yang bakal dipasang dikilangnya, sejak usahasama dengan Kumpulan
Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) bulan lalu yang menyaksikan separuh
daripada kepentingannya diambil alih gergasi otomobil China itu.
Geely Boyue buatan China itu akan dipasang di kilang Proton di
Tanjung Malim, dan menurut beberapa laporan, ia bakal dinamakan sebagai
Proton Bayu.SUV 5-seater itu berukuran menyerupai Honda CR-V. Di China, ia ditawarkan dengan enjin 1.8 dan 2.4 liter.
Pengumuman itu dibuat pada majlis dihadiri Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, untuk memuktamadkan jualan kepentingan Proton kepada Geely.
Perjanjian ditandatangani Pengarah Urusan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Geely, Liu Shufu.
Syed Faisal berkata DRB akan bekerjasama dengan Geely untuk menterjemahkan Geely Boyue bagi pasaran tempatan.
Kereta itu antara lain memiliki sistem pengaktifan suara, namun setakat ini ia hanya untuk bahasa Mandarin.
“Yang pasti kami akan cuba menyesuaikannya dengan citarasa tempatan (localise), termasuk bahasa tempatan,” katanya.
Berhubung harga pasarannya pula, beliau berkata ia belum ditetapkan dan akan dibincangkan nanti.
Penggunaan Geely Boyue sebagai model pertama Proton selepas usahama merupakan antara perkara utama dalam perjanjian antara DRB-HICOM dan Geely, selain pembangunan model lain pada masa depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan