Pelakon Sharifah Amani menerima dikritik pengguna laman sosial apabila memakai baju kurung kedah dengan seluar jeans koyak.
Menerusi sebuah muat naik di Twitter, Amani telah berkongsi sekeping foto dan menulis kapsyen ‘Kurung Kedah top, ripped jeans, jet black hair and Timberlands‘.
Ternyata foto tersebut menerima pelbagai komen negatif daripada pengikutnya yang menggangap dia tidak sensitif dengan cara pemakaian baju kurung kedah.
Rata-rata peminat berharap agar Amani lebih peka dengan baju dipakainya supaya dapat menjaga tradisi pemakaian baju kurung yang sedia ada.
Namun ada juga yang menyokong cara pemakaian Amani yang dianggap sebagai trend terbaru sehingga membuat peminatnya berbalah di antara satu sama lain.
Tidak lama selepas itu, Sharifah Amani
tampil memberi respon terhadap kritikan yang diterima dan telah memuat
naik sekeping gambar bersama neneknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan