Rafa Azmir
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Terengganu, Datuk Razali Idris tidak melihat wujudnya sebarang campur
tangan asing dalam isu 1MDB.
Kini tiada bukti konkrit wujudnya campur tangan asing, sama ada oleh
Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Luxembourg atau juga
negara-negara lain seantero dunia.
“Apa dilakukan oleh negara berkenaan ialah untuk melindungi pasaran dan sistem kewangan mereka daripada penipu wang.
“Dengan mengatakan usaha Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat itu
sebagai cubaan Amerika Syarikat untuk mencampuri urusan dalam negara
Malaysia, apakah kita juga tidak mencampuri urusan dalam negara mereka?
“Juga apakah kita mahu melihat ‘kecurian, rompakan dan pengubahan
wang haram’ dengan jumlah keseluruhan AS$7 bilion itu hilang begitu
sahaja. Bukankah ini wang rakyat yang sewajarnya dipulangkan kepada
rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata, saman sivil DOJ, penutupan dua bank asing di
Singapura dan hukuman terhadap pegawai bank terbabit, siasatan bank oleh
pihak berkuasa Switzerland itu membuktikan kemungkinan wujudnya
rangkaian pengubahan wang haram dana 1MDB.
“Malah, tindakan Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg
(CSSF) menghukum bank swasta Edmond de Rothschild kerana kelalaian
peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan
urusniaga 1MDB.
“Juga membuktikan ada yang tidak kena dengan 1MDB dan ini urusan
negara mereka cuma membabitkan syarikat dari Malaysia,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan