Parti Generasi Baru membatalkan hasratnya untuk menyertai Pakatan
Harapan sehinggalah isu-isu yang dikatakan melanda kepimpinan gabungan
pembangkang itu selesai.
Kenyataan Majlis Tertinggi (MT) parti itu hari ini menggambarkan mereka tidak selesa dengan peranan Pertubuhan Pribumi Melayu Bersatu (BERSATU) dalam gabungan empat parti itu.
“Kami juga percaya bahawa hanya PKR yang harus mengetuai Pakatan Harapan dan calon perdana menteri haruslah datang dari PKR, dan bukannya BERSATU,” menurut kenyataan itu.
Parti Generasi Baru sebelum ini sedang cuba dijenamakan semula sebagai Parti Bebas Rasuah (PBR) oleh bekas senator Ezam Mohd Noor yang sebelum itu memohon menyertai BERSATU selepas keluar BN.
Parti itu bagaimanapun kemudian terpalit dengan isu kepimpinan dengan pemimpin-pemimpin lamanya.
Ezam dalam kenyataannya pada 2 Jun lalu berkata beliau perlu kembali berjuang melalui NGO kerana penukarannya masih tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sementara itu, Parti Generasi Baru juga berpendapat, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali adalah calon perdana menteri terbaik untuk HARAPAN dan mencadangkan ia diumumkan segera.
Parti itu berkata bukan sahaja “kecemerlangan” meneraju Selangor dijadikan sandaran, Azmin juga calon paling kanan dan paling sesuai berdasarkan senario semasa politik tanah air.
Sementara itu, MT parti itu juga mendakwa mendapat “berita dari sumber yang sahih” berkaitan pakatan sebilangan pemimpin tertinggi BERSATU dengan pemimpin Umno, termasuk menteri besar dan menteri kabinet.
Mereka mendakwa golongan itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan jika menyertai BERSATU jika HARAPAN menang dalam pilihan raya.
“Manakala jikalau BN menang maka pemimpin-pemimpin BERSATU ini akan kembali ke pangkuan Umno-BN,” dakwanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan