KULIM: Sebanyak 15 rumah rosak akibat dilanda ribut bersama hujan lebat
di sekitar Pekan Sungai Kob, Mukim Karangan dekat sini, petang semalam.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim Mohd Zarir
Khozali berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu menyebabkan empat
daripadanya rosak pada bahagian bumbung setelah diterbangkan angin
kencang di Kampung Baru.
"Kejadian itu turut berlaku di Taman Mutiara dan sekitar. Tiga kereta
di sekitar pekan dan kawasan kampung serta taman perumahan juga rosak
dihempap beberapa pokok yang ditumbang akibat ribut ini," katanya kepada
Bernama.
Mohd Zarir berkata JKM telah pun membekalkan barangan keperluan asas
kepada keluarga mangsa terlibat sebagai bantuan awal kepada mereka.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) Kampung Baru Saleh Man, 56, ketika dihubungi berkata terdapat
pokok durian ditanam penduduk kampung tumbang dan ada buah durian putik
yang sudah matang, gugur akibat angin kencang selain kerosakan rumah
penduduk.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan