Jumaat, 27 Januari 2017

Langkah DAP jelas makin terdesak - penganalisis

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
BANGI: DAP nyata terdesak untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak sekalipun seteru politiknya selama ini, Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Penganalisis politik Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, dalam keadaan sekarang parti yang dipimpin Lim Kit Siang itu sanggup melakukan apa saja selepas huluran salam perdamaian kepada PAS disambut dingin pemimpin parti itu. 
 
"Memang DAP terdesak sekarang ni sebab tu sanggup berbaik dengan Hadi, sebelum ni DAP kutuk Hadi. Ini adalah politik, apa-apa saja boleh berlaku. Kerana nakkan kuasa sanggup berbaik dengan Hadi, sanggup panggil parti komponen BN bersama mereka (DAP). Jadi inilah politik terdesak DAP menjelang PRU14.
 
"Untuk berkuasa mesti ada PAS, sekarang ni pun PAS mungkin tidak akan (kerjasama). Mereka melihat Tan Sri Muhyiddin gagal memujuk, Mahathir pun. Akhirnya DAP cuba menghulurkan tangan kepada PAS (tapi) mungkin PAS tidak akan (kerjasama). (Kit Siang) mungkin ada memikirkan satu lagi parti politik Cina iaitu Gerakan dan MCA," katanya ketika ditemubual Antarapos.
 
Selepas huluran salam perdamaian terhadap PAS tidak bersambut, Kit Siang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pemimpin atasan Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Malaysia.
 
Katanya beliau bersedia untuk berbincang dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan tersebut.
 
Tambah Fuad lagi, DAP cuba mencari peluang demi merealisasikan cita-cita pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain mahu mengisi jawatan timbalan perdana menteri jika berjaya menjadi kerajaan.
 
"DAP mencari apa juga peluang untuk mencapai matlamat mereka. Untuk menjatuhkan kerajaan dan bercita-cita jadi TPM. Jadi oleh kerana itu mungkin Kit Siang baru terfikir, kenapa tak hulur tangan kepada pengundi Cina sendiri (dan) parti Cina juga. 
 
"Ini adalah strategi terakhir Lim Kit Siang untuk menawan (selepas) gagal dengan PAS, jadi yang tinggal adalah parti Cina," tambah beliau.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.