KUALA LUMPUR, Perintah reman terhadap empat wanita yang ditahan berhubung kes tiga
kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi
dekat sini, disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini.
Ketua
Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata pemilik taska dan tiga
pekerjanya itu ditahan sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan.
“Tempoh
reman mereka tamat hari ini dan polis sambung tempoh reman sehingga
Selasa bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu
kenyataan di sini, hari ini.
Gambar
kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka
ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lepas.
Pemeriksaan di hospital bagaimanapun mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan