BERIKUT merupakan dakwaan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim seperti yang diterbitkan di dalam portal berita Malaysia Outlook.
Kenyataan tersebut dikeluarkan pada
Selasa, 13 Disember dan menyentuh pergolakan dalaman di dalam Media
Prima yang pada pendapatnya berpunca daripada pengerusinya, Dato Seri FD
Iskandar.
Tunku Abdul Aziz juga menyifatkan FD
Iskandar sebagai seorang ‘penipu besar’ yang telah bertanggungjawab
memburukkan reputasinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak, serta menuntut permohonan maaf terbuka.
Kenyataan tersebut adalah seperti di bawah:
Pengerusi Media Prima, Dato Seri FD
Iskandar telah menggunakan saya sebagai alasan untuk membuang Dato Seri
Ashraf Abdullah, editor kumpulan pengarang Media Prima Berhad.
Lebih teruk lagi, beliau telah
memberitahu perkara-perkara tidak benar dan sengaja memperdaya Perdana
Menteri pada pagi 28 Nov. lalu, dengan mengatakan bahawa saya telah
muncul di TV3 selama 12 malam berturut-turut dan ini mengakibatkan
rating TV3 mengalami penurunan dramatik.
Tuduhan melulu ini hanya akan menjadi
satu bentuk kemuncak kedunguan, jika tiada bukti yang boleh disahkan
oleh badan bertauliah atau badan profesional agensi penarafan
televisyen, untuk menyifatkan penampilan saya di TV3 telah menjadi punca
populariti Buletin Utama TV3 jatuh mendadak.
Penjelasan tersebut terlalu simplistik, saya rasa tersanjung.
Beri saya peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Pada bulan Oktober dan November, saya
hanya tampil di dalam Buletin Utama pada tarikh 18 Okt., 11 dan 14 Nov.,
hanya tiga kali dan bukan 12 seperti yang beliau bohongkan kepada PM.
Dato Seri Ashraf Abdullah merupakan seorang yang amat profesional, disanjung tinggi dan peka terhadap media massa.
Ianya pasti mengejutkan jika beliau
membenarkan pengeluaran kenyataan media sebanyak lebih tiga kali sebulan
daripada seseorang seperti saya uang tidak memegang sebarang jawatan
sama ada di dalam kerajaan atau dunia politik.
Saya merupakan seorang aktivis sosial yang berpegang teguh kepada kepercayaan terhadap undang-undang dan peraturan.
Secara ringkasnya, Dato Seri Ashraf Abdullah merupakan seseorang yang tahu tanggungjawabnya.
Saya menuntut permohonan maaf terbuka
daripada Dato Seri FD Iskandar oleh kerana beliau telah menyalahgunakan
nama saya sekaligus mengelirukan PM, di samping agenda peribadinya
terhadap Dato Seri Ashraf Abdullah.
Saya telah terlibat di dalam kemelut ini
kerana beliau telah mengheret saya ke dalam apa yang dilihat sebagai
rancangan kotornya untuk menyingkirkan editor kumpulan pengarangya yang
berfikiran terbuka dengan secara terang-terangan menceritakan yang tidak
benar kepada PM.
Saya berikan Dato Seri FD Iskandar
tempoh hanya satu minggu daripada tarikh penerbitan surat ini di dalam
portal berita Malaysia Outlook untuk membuat permohonan maaf terbuka
kepada saya, dan kegagalan untuk melakukan demikian akan dikenakan
tindakan undang-undang bagi melindungi nama dan reputasi saya.
Kita tidak mahu mempunyai penipu besar
sebagai pengerusi di Media Prima, yang merupakan sebuah organisasi
komunikasi penting yang sepatutnya dipimpin oleh seseorang yang
mempunyai nilai integriti tertinggi.
Keyakinan orang ramai tidak boleh dibiarkan terjejas akibat apa yang berlaku.
Jika pengerusi boleh mengelirukan PM
dengan perkara yang tidak benar, bayangkan apa yang dia tidak akan
lakukan untuk kita semua, ahli-ahli biasa dalam masyarakat.
Saya kasihan kepada Dato Ashraf, seorang profesional berhati murni,kerana terpaksa bekerja di bawah seorang pendusta.
Yang lebih mendukacitakan adalah beliau
terpaksa bersabar dengan seseorang yang mahu kawalan editorial secara
total walaupun ia di luar bidang kuasa beliau.
Seperti yang kita semua tahu, oleh amalan, konvensyen dan tradisi, pengerusi tidak mempunyai suara dalam operasi editorial.
Dalam kes beliau, beliau hanyalah seorang pengerusi, bukan eksekutif.
Hanya Ketua Editor mempunyai kawalan lengkap dalam bilik berita.
Secara jujur saya berharap seseorang
akan mendedahkan sebab sebenar mengapa Dato Seri FD Iskandar begitu
berminat untuk mempunyai kawalan mutlak ke atas ruangan berita di TV3.
Adakah kepentingan politik atau perniagaan yang menjadikan beliau begitu bersungguh-sungguh mencapai matlamatnya?
Saya difahamkan bahawa beliau tidak
begitu gembira apabila Tan Sri Muhyiddin telah diserang beberapa kali di
TV3, terutamanya kenyataan media saya pada NCC2 yang menjadi pencetus
bagi kumpulan pembangkang kepimpinan PM untuk menubuhkan mekanisme
pembuat undang-undang luar-Parlimen.
Beliau dipercayai sedang berusaha untuk
PM melantik beliau ketua “Boffin Boys” – kumpulan strategis yang bekerja
keras untuk melindungi PM daripada pembohongan oleh media dalam dan
luar negara.
Jika dia berjaya meyakinkan PM, maka saya hanya boleh berharap kedua-dua mereka yang terbaik.
- mynewshub.cc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan