Selasa, 1 November 2016

Konvensyen UMNO cari mekanisme salur maklumat sampai ke akar umbi

 
 
Sidang media bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 NOVEMBER 2016.
Sidang media bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 
 
 
UMNO akan mengadakan mini konvensyen melibatkan kesemua ketua penerangan parti semua peringkat bagi memastikan tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, satu mekanisme dicari bagi memastikan jentera penyampaian sampai ke akar umbi melalui tanpa tersekat-sekat melalui satu blueprint.

"Isu yang datang bertali arus dan perlu diolah dan diperincikan. Justeru sebagai prelude Perhimpunan Agung UMNO kali ini kita cadang tubuh jawatankuasa mini konvensyen dengan modus operandi baharu.

"Kaedah baharu memastikan ada connectivity sama ada secara vertically dan horizontally..maklumat sampai ke cawangan dan masyarakat terus tanpa terputus seperti sebelum ini dan dari Perlis sampai ke Sarawak bagi menangani setiap isu yang berbeza," ujarnya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua Penerangan UMNO di sini hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh memberitahu, blueprint hasil mini konvensyen itu kelak dapat memberi fokus, sistematik dan dapat dilaksanakan pada tahun ini.

"Kita sedar kempen politik membenci, kita sedar ada orang mahu menjatuhkan Perdana Menteri kita melalui pembunuhan karakter yang dibuat secara rapi dari dalam dan luar.

"Politik tidak simple macam dahulu. Mereka (pembangkang) buat macam-macam untuk rebut kuasa dan bina persepsi negatif. Ahli UMNO kena sahut cabaran.. perang tetap perang," katanya lagi.

Terdahulu, Annuar melihat masih 'ada cahaya dihujung terowong' dalam soal memastikan 60 buah sekolah swasta Cina mematuhi dasar pendidikan negara seterusnya menjadi simbol integrasi kaum di negara ini.

"Selama ini, saya banyak rasa negatif mengenai sekolah swasta Cina tetapi apabila melawat dan mendengar sendiri penjelasan mereka, rasa positif semakin banyak dan nampak masih ada ruang perbincangan dengan sekolah swasta berkenaan.

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan peribadi ke Sekolah Persendirian Cina Chung Hwa di Jalan Ipoh bersama Ketua Biro Pendidikan UMNO, Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

Menurutnya, masalah utama ialah sekolah swasta Cina tidak mengajar Bahasa Melayu dan subjek Sejarah tidak memaparkan banyak sejarah negara ini.

"Kita boleh duduk berbincang tanpa menganggu keutamaan bahasa Cina yang diajar di sekolah berkenaan dan faham sensitiviti mereka," katanya sambil menganggap lebih banyak aktiviti turun padang akan dilakukan bagi memberi kefahaman kepada parti UMNO mengenai sesuatu masalah yang timbul pada masa depan.

"Bagi saya yang penting kita berjaya memecahkan tembok dan benteng salah persepsi mengenai sekolah swasta Cina sedangkan mereka merupakan rakan kongsi UMNO dalam usaha memerdekakan negara sejak dahulu lagi.

"Saya rasa lawatan itu berguna daripada perspektif pendidikan yang selama ini menjadi polemik tentang pensijilan sekolah jenis kebangsaan Cina, kami bertukar pandangan secara sihat tentang dasar dan kukurikulum

"Saya mendapati ia berfaedah dan patut dijadikan amalan supaya kesangsian diuruskan bukan dijadikan sentimen sensitif demi sensitif keuntungan politik jangka pendek," ujarnya.

Apa pun, sebarang hasil perbincangan itu akan dijadikan memorandum oleh parti dan dipanjangkan kepada kerajaan melaui Kementerian Pelajaran.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: