shahbudindotcom
Selepas
bebas dari tahanan polis selama empat hari dan mengaku tidak mandi
dalam tempoh itu, Jamal Mohd Yunus yang merupakan Ketua Kumpulan Baju
Merah lantas mengumumkan kempen baru Bersih 7 yang akan dimulakannya
esok.
Tidak
seperti gerakan mereka sebelum ini yang hanya bertujuan mengganggu
demonstrasi aman baju kuning anjuran Bersih 2.0, sebaliknya kali ini ia
bertujuan untuk membantu UMNO dan BN menawan kembali Selangor yang kini
ditadbir oleh Pakatan Harapan.
Katanya,
rakyat Selangor perlu diselamatkan daripada kerajaan negeri sekarang
yang mendustai rakyat berikutan banyak janji dalam manifesto PRU 13 dan
PRU 13 yang belum ditunaikan lagi.
Jamal
turut mengumumkan, demonstrasi Bersih 7 akan dimulakan di Bangunan SUK
Selangor di Shah Alam pada jam 3.00 petang esok dan kemudian akan
diadakan di 700 lokasi di seluruh negeri itu.
Perghhh...700 lokasi untuk berdemo? Biar betul?
Oleh
kerana Selangor mempunyai 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan
Undangan Negeri, pastinya 700 lokasi untuk demonstrasi Bersih 7 itu akan
merebak hingga ke bandar-bandar kecil dan juga ceruk-ceruk kampung di
seluruh negeri itu.
Sudah
tentu juga ini adalah demonstrasi paling besar jumlahnya dan suatu
kejayaan gemilang bagi sesebuah NGO seperti Baju Merah dan tidak
diragui lagi merupakan satu rekod dunia serta layak disenaraikan dalam
"Rekod Dunia Guinness".
Dengan
kejayaan menganjurkan 700 demonstrasi itu, Jamal secara automatik layak
diisytiharkan sebagai satu lagi keajaiban baru di dunia ini.
Tidak
ada mana-mana NGO di dunia ini, dulu, kini dan selamanya - pernah
mengadakan demonsrasi sehingga di 700 lokasi banyaknya. Hanya Baju Merah
mampu melakukannya.
Juga,
dulu, kini dan selamanya - tidak ada mana-mana manusia mampu
menggerakkan demonstrasi sebanyak 700 lokasi melainkan hanya Jamal.
Kata orang Indonesia, hebat bener Jamal ini....
Itu
baru ilham yang diperolehinya kerana tidak mandi selama empat hari.
Bayangkan jika beliau tidak mandi selama seminggu atau lebih daripada
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan