shahbudindotcom
Menurut
pemimpin UMNO, Nazri Aziz, tindakan Pas mahu meminda Akta 355 bagi
membolehkan hukuman lebih berat dikuatkuasakan adalah kerana parti itu
selama ini gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam.
Katanya,
hukuman sedia ada tidak mencukupi untuk memberi pengajaran buat rakyat
negeri itu, lalu menyebabkan Hadi Awang mahu menambahnya.
Pas
Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri Islam sebab itu mereka
nak hukuman lebih berat. Hadi waktu dia menjadi Menteri Besar
Terengganu, enakman di sana juga turut ditukar.
Maknanya,
Pas gagal. Kalau dia berjaya, dia akan turunkan enam sebat jadi kosong
sebat. Kalau Pas berjaya, saya rasa semua rakyat negeri Kelantan akan
puasa, ini tidak, dia nak tambah lagi hukuman, ujar Nazri yang juga
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Sehubungan
itu, tambah Nazri, tindakan UMNO memberi laluan kepada usul Hadi itu
sebenarnya ialah kerana mahu membantu Pas sebab parti itu telah gagal di
Kelantan.
Malah, tegasnya, UMNO tidak minta pun untuk menambah hukuman sedia ada.
Dengan
kata lain yang mudah difahami, maksud Nazri ialah UMNO lebih Islamik
berbanding Pas dan negeri-negeri yang ditadbir parti itu juga lebih
Islamik rakyatnya berbanding di Kelantan yang dikuasai oleh Pas sejak
1990 lagi.
Lebih
spesifiknya, barangkali juga ia bermaksud Najib lebih Kuat Islamnya
daripada Hadi Awang atau Nazri Aziz sendiri lebih warak berbanding Nik
Abduh Nik Abdul Aziz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan