shahbudindotcom
Satu-satunya
menteri UMNO yang ternampak paling susah hati dan tidak tenteram
jiwanya selepas perhimpunan Bersih 5 ialah Salleh Said Keruak, pemimpin
yang ditanggapi ramai dilantik menganggotai kabinet bukan kerana
kelayakan dan kewibawaan, sebaliknya hanya disebabkan bijak mengambil
kesempatan berikutan krisis antara Najib Razak dengan Tun Mahathir
Mohamad.
Hanya
dalam tempoh dua hari, kenyataan dan pemikirannya terlihat jauh berbeza
yang jelas menunjukkan kecelaruan dan ketidak-tenteraman jiwa terhadap
perhimpunan Bersih 5.
Nasib
baik beliau sudah tua dan berusia, jika budak-budak remaja yang
berkelakuan sebegitu rupa, sudah tentu tanggapannya ialah mabuk ketum
sebagai puncanya.
Beberapa
jam selepas perhimpunan Bersih 5 berakhir, Salleh menulis di blognya
dengan menyalahkan kehadiran yang rendah dalam perhimpunan itu
disebabkan oleh Tun Mahathir.
"Kesan penyertaan Tun Mahathir dan kroninya dalam Bersih 5 menyebabkan jumlah kehadiran menurun hampir 97 peratus.
"Orang
Melayu melihat melalui agenda pentingkan dirinya sendiri dan enggan
hadir. Dan ribuan orang Cina yang menghadiri Bersih tahun lalu meluat
dengan kehadiran Tun Mahathir, lalu memilih untuk duduk di rumah, "
tulisnya lagi.
Beliau
turut membandingkan angka kehadiran dalam Bersih 5 yang dianggarkan
pihak polis seramai 15,500 dan sebuah portal yang menyebut seramai
41,000 dengan kehadiran dalam Bersih 4 yang dianggarkan berjumlah 500
ribu orang.
Kesimpulannya, bagi Salleh Said Keruak atau SSK, perhimpunan Bersih 5 adalah gagal dan tidak mendapat sambutan.
Bagaimanapun,
hari ini Salleh menulis lagi di blognya dengan berkata, kehadiran yang
besar dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang bukanlah kayu
ukur kepada sokongan rakyat.
Katanya, jika kehadiran dalam perhimpunan menjadi ukuran, pembangkang sepatutnya sudah menang pilihanraya pada tahun 1999 lagi.
Sebaliknya, kata beliau, rakyat lebih gemar melihat mengenai rancangan dan dasar kerajaan serta jaminan masa depan untuk mereka.
Kita tidak harus menang sorak, kampung tergadai," ujarnya.
Jika
dilihat daripada kedua-dua tulisan itu, ia jelas mempunyai maksud yang
berbeza. Dalam tulisan pertama, beliau cuba memberitahu bahawa Bersih 5
tidak mendapat sambutan serta lebih ramai yang memilih duduk di rumah
kegagalan itu berpunca daripada Tun Mahathir.
Dalam
tulisan kedua pula beliau cuba menggambarkan bahawa kehadiran yang
ramai bukan kayu ukur kepada sokongan rakyat dan penentu kemenangan
dalam pilihanraya.
Dalam
hal ini, apakah pemahaman sebenar Salleh mengenai kehadiran dalam
Bersih 5 kali ini - tidak ramai dan gagal atau telah mendapat sambutan
yang hangat dan berjaya?
Sebagai
Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mana beliau boleh dianggap
sebagai "Bapa Propaganda" kepada Najib, UMNO dan BN, apa yang sebenarnya
yang cuba disampaikannya dan yang mana satu tulisannya itu boleh
dipakai?
Mengapa hanya dalam tempoh dua hari fikirannya sudah berubah? Bukankah kita mesti konsisten dengan pendirian?
Adakah
ia disebabkan susah hati dan tidak tenteram jiwa tentang hampirnya
hilang kuasa dan baru disedarinya bahawa rakyat semakin berani
menunjukkan penolakan terhadap Najib?
Bolehkah
dipercayai lagi tulisan Salleh seterusnya yang jelas tidak lebih
umpama sebuah cerita rekaan daripada bilik berhawa diingin semata-mata?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan