Para peserta Bersih 5 menyifatkan perhimpunan kali ini paling besar dan berjaya berbanding perhimpunan sebelum ini.
Kalau Bersih 4 dikatakan didominasi oleh kaum Cina, Bersih 5 kali ini disertai oleh pelbagai kaum di negara ini.
Dengan peserta yang berjumlah ratusan ribu orang, mereka kini berkumpul di perkarangan KLCC selepas di halang berhimpun di Dataran Merdeka.
Tun Dr Mahathir turut berucap di hadapan bangunan ikonik negara yang mana beliau adalah arkiteknya.
Turut berucap adalah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu turut berucap kepada orang ramai di sini.
Beliau mengutuk penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.
Katanya, Maria tidak pernah menyebut berkaitan menggulingkan kerajaan.
“Dia hanya sebut tukar kerajaan melalui pilihan raya. Tiba-tiba dia ditahan Sosma,” katanya.
Tun Mahathir mulanya berjalan kaki bersama dengan Tan Sri Muhyiddin dan lain menuju ke KLCC.
Beliau kemudiannya menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama Muhyiddin serta naib presiden yang juga anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub.
Turut berada bersama di atas kenderaan pacuan empat roda itu ialah Ketua Setiausaha Sekretarian Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dari PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Ketibaan mereka disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai di KLCC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan