Khamis, 24 November 2016

BETULKAH BEGITU, NIZAR NAJIB?

 shahbudindotcom 

 


 
 
Kata anak Perdana Menteri yang bernama Nizar Najib, selagi kita berada di pihak yang benar dan tidak buat salah, tiada apa-apa yang perlu kita takutkan.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak bimbang dengan tuduhan-tuduhan liar terhadap keluarganya kerana mereka di pihak yang benar.

Betulkah begitu?

Pernahkah beliau  bertanya kepada ayahnya, Najib Razak mengapa memecat Peguam Negara, mengapa beberapa menteri dibuang, mengapa tidak menyaman WSJ, mengapa mengOSAkan laporan audit 1MDB, mengapa tidak berani menjawab soalan tentang 1MDB di Parlimen, mengapa menolak MLA yang dipohon oleh Peguam Negara Switzerland dan puluhan mengapa lagi yang perlu dijawab dengan jujur dan ikhlas.

Selagi tidak mendapat jawapan yang sebenar daripada ayahnya sendiri kepada persoalan-persoalan tersebut, bagaimana Nizar begitu yakin keluarganya berada di pihak benar?

Adakah Nizar benar-benar faham maksud ungkapan "selagi kita berada di pihak yang benar dan tidak buat salah, tiada apa-apa yang perlu kita takutkan" itu?

Adakah ayahnya memiliki ciri-ciri seperti yang disebutnya itu?

Pernahkah juga Nizar mendengar Najib melafazkan ungkapan "berani kerana benar, takut kerana salah" sejak meletusnya isu 1MDB dan di dalam akaun peribadi ayahnya ada wang sebanyak RM2,600 juta?


Tiada ulasan: