KUALA LUMPUR: AMANAH akan mengadakan konvensyen pertamanya bermula 10 Disember ini di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.
Konvensyen selama dua hari yang bertemakan "Amanah Demi Negara" akan
mengemukakan satu dokumen tawaran atau garis besar hala tuju parti
terbabit.
"Kita akan adakan mesyuarat agung bagi meluluskan Perlembagaan yang
telah kita buat dan insyaAllah, kita akan terjemahkan kepada bahasa
Melayu.
"Konvensyen juga akan mengemukakan dokumen asas yang menjadi tawaran
parti kepada rakyat. Satu dokumen tawaran, garis besar, hala tuju parti
tetapi bukan manifesto pilihan raya tetapi adalah satu piagam," kata
Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir.
Konvensyen berkenaan akan bermula seawal jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang.
AMANAH ditubuhkan pada Ogos 2015 dan kemudian dilancarkan pada 16
September tahun yang sama. Ia diasaskan oleh bekas pimpinan PAS selepas
mereka kalah dalam pemilihan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang
tahun lalu.
Dalam sidang media yang sama, Mohd Anuar turut mengumumkan kemasukan
dua tokoh akademik ke dalam parti itu iaitu Dr Tajul Ariffin Noordin dan
Dr Mohammad Azmi Othman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan