Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Rang undang-undang persendirian (RUU) bagi memperkasakan
mahkamah Syariah yang diusul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang akan dibentangkan bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi di bangunan sementara parlimen hari ini selepas
mempengerusikan taklimat khas RUU berkenaan yang juga dikenali sebagai
Akta 355 bagi ahli-ahli parlimen beragama Islam.
"Usul persendirian yang akan dibuat kali kedua Marang bagi menjelaskan
meminda kepada apa diusulkan pada bacaan bill persendirian sebelum ini.
"Akan dibentangkan minggu ini," katanya kepada pemberita.
Zahid berkata, beliau sendiri akan membawa cadangan tersebut kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi dibentangkan di mesyuarat
jemaah menteri sebelum dibawa masuk ke Parlimen minggu ini.
Menurut Zahid lagi, taklimat yang berlangsung selama lebih sejam
petang ini menghurai segala pertembungan pendapat berhubung RUU 355
tersebut di kalangan Ahli-ahli Parlimen beragama Islam.
"Dan saya akan bawa cadangan ini kepada Perdana Menteri untuk
dibentangkan di mesyuarat jemaah menteri bagi mendapat persertujuan
kabinet supaya perkara ini dapat diterima pakai kerana cadangan-cadangan
yang disebut Ahli Parlimen pelbagai parti adalah pertama kali, satu
permulaan baik dan kita hormati sensitiviti agama lain.
"Dan tidak tujuan kerajaan bermaksud demikian dan tidak tujuan marang
mempolimik keadaan atau mengekuruhkan suasana pelbagaian agama di
negara.
RUU bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Hukuman Jenayah) 1965 dibentang oleh Hadi pada 26 Mei lalu.
RUU yang juga dikenali sebagai ‘undang-undang hudud’ bertujuan bagi
memperkasa mahkamah Syariah dari segi penguatkuasaan hukuman, kecuali
hukuman mati, yang terdapat dalam undang-undang Syariah bagi kesalahan
agama yang disenaraikan di bawah bidang kuasa negeri di dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Hukuman dibenarkan bagi mahkamah Syariah sekarang terhadap kepada
hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, rotan tidak lebih enam sebatan,
atau denda tidak lebih RM5,000.
Terdapat 136 ahli Parlimen Islam di Dewan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan